Monday, August 30, 2010

Merdeka

Salam Merdeka semua..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53..jgn dilupe puasa juga sudah sampai ke penghujung...Hari ini adalah 30 August 2010 bersama 20 Ramadhan 1431...Tinggal 10 hari kita berpuasa..Jangan lupa untuk memperbykkn ibadat utk mengejar Malam Lailatul Qadar..

Entri ini utk menceritakan mengenai merdeka....pada saat dan ketika ini....aku telah merdeka daripada beban hutang pelajaranku...Terima Kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah memberi bantuan pelajaran kepadaku di UTP...Tapi aku masih ada hutang Program Latihan Khidmat Negara.. =.=



Tapi takpe..Kte selesaikan satu2 hutang yang ada...Kepada sesiapa yang masih berhutang dgn PTPTN ke MARA ke atau apa saja bantuan pelajaran...Segerakan lah menyelesaikannya...Memang nampak banyak tp kalau bayar RM100 sebulan apa salahnya kan...Kadang2 sedih melihat nama2 panggilan di akhbar2 menyuruh utk membayar balik bantuan pelajaran yang telah dipinjam...Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita telah meminjam duit untuk belajar tetapi apa yang liat sgt nk bayar balik...

Tidak ke kita sedar..Jika kita mendapat pekerjaan hasil drpd Diploma/Degree/Master/Phd tetapi kita tidak membayar kembali duit pinjaman....adakah hasil gaji kita itu berkat...Aku xtau mengenai hadis tentang berkat xberkat ni...Ini adalah ungkapan salah seorg abang yg aku kenal dulu..Tapi bila pikir2 balik, mmg logik pon...Kalo duit pinjaman utk mendapat sijil berkenaan tidak dibayar...Macam mana pula hasil2 gaji yang digunakan....

Renung2kan la dan selamat beramal ye...hehe~

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya





No comments: