Monday, August 30, 2010

Merdeka

Salam Merdeka semua..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53..jgn dilupe puasa juga sudah sampai ke penghujung...Hari ini adalah 30 August 2010 bersama 20 Ramadhan 1431...Tinggal 10 hari kita berpuasa..Jangan lupa untuk memperbykkn ibadat utk mengejar Malam Lailatul Qadar..

Entri ini utk menceritakan mengenai merdeka....pada saat dan ketika ini....aku telah merdeka daripada beban hutang pelajaranku...Terima Kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah memberi bantuan pelajaran kepadaku di UTP...Tapi aku masih ada hutang Program Latihan Khidmat Negara.. =.=



Tapi takpe..Kte selesaikan satu2 hutang yang ada...Kepada sesiapa yang masih berhutang dgn PTPTN ke MARA ke atau apa saja bantuan pelajaran...Segerakan lah menyelesaikannya...Memang nampak banyak tp kalau bayar RM100 sebulan apa salahnya kan...Kadang2 sedih melihat nama2 panggilan di akhbar2 menyuruh utk membayar balik bantuan pelajaran yang telah dipinjam...Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita telah meminjam duit untuk belajar tetapi apa yang liat sgt nk bayar balik...

Tidak ke kita sedar..Jika kita mendapat pekerjaan hasil drpd Diploma/Degree/Master/Phd tetapi kita tidak membayar kembali duit pinjaman....adakah hasil gaji kita itu berkat...Aku xtau mengenai hadis tentang berkat xberkat ni...Ini adalah ungkapan salah seorg abang yg aku kenal dulu..Tapi bila pikir2 balik, mmg logik pon...Kalo duit pinjaman utk mendapat sijil berkenaan tidak dibayar...Macam mana pula hasil2 gaji yang digunakan....

Renung2kan la dan selamat beramal ye...hehe~

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya





Friday, August 27, 2010

Today I'm 24!!!




HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

TODAY I AM 24 YEARS OLD

(27TH AUGUST 2010)



Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Salam semua..selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..hari ini hari ke-15 kte berpuasa...maksudnyee sudah pertengahan bulan Ramadhan la...2 hari lagi adalah Nuzul Quran....ape aktiviti semua pada weekend ni...balek rumah ke memandangkn bersambung cuti dgn merdeka...Weekend ni family ku akan pulang ke kampung disebabkan raya ni kami tidak pulang..Gara-gara adik kecilku akan menduduki peperiksaan UPSR selepas raya...

Oopss...da terlari tajuk...tajuknye majlis berbuke puasa kn...Sepanjang puasa tahun ni, di mana kamu semua telah berbuka puasa...Sepanjang puasa ini aku hanya berbuka di Masjid sahaja kecuali 3 hari aku berbuka puasa di luar...

1. ClearWater Sanctuary Resort, Batu Gajah

Biasalah Ramadhan2 gini mst hotel buat buffet Ramadhan kn...Sampai kuar isu Jakim bg kelulusan hotel utk membuat buffet Ramadhan...Biasanya aku akan berbuka die Syuen Hotel tp memandangkan Syuen Hotel telah mendapat kelulusan JAKIM maka harga pon telah dinaikkn drpd RM19.90 kepada RM39..mahal kn..Jadi kami pon bercadang utk mencarik tempat laen yg lebih murah sehinggalah kami jumpe ClearWater Sanctuary Resort ni...harga cume RM30 sahaja...Inilah tempat paling murah...biasalah hotel mane ade yg murah2 kn...

Tempat menarik....makanan juge menarik la...xramai org sgt mcm dkt Syuen smp kene beratur panjang...di sini kami relax2 je mengambil makanan...Tp yg x menariknyee sbb aku dgn Intan je yg makan byk...Mira, Sab ngn Zie(kwn Mira) makan sket je...Jadi kami pon xbrape makan byk sgt mungkin disebabkan mereka pon makan sikit je...rase mcm membazir plak makan xsmp rm30...haha...

Ok...tgk la gamba2 ni ek...mmg best..lenkali bule cube lg..itupon kalo aku masih di UTP la...

Kami di depan pintu ClearWater Sanctuary Resort

Banyaknyee makanan yg aku ambil...hehe

dari kiri: Mira, Sab, Intan, me

Aku dan Intan

2. Burger King Xtra Long

Nyum2...mmg sedap makanan ni...sesuai utk berbuka puasa sebab mereka tidak menyediakn air coke/bergas tetapi menyediakan air jus..Mango-Peach ataupon Pineapple Juice...burger ni jenis oblong, lebih kurang macam GCB mekdi..tp BK mmg byk burger jenis ini kn....Sedap sgt...beef die double n siap ade cheese lg....mmg kenyang sgt makan xtra long ni... :)

3. McDonalds Double GCB

hehe...mase mule2 keluar GCB ni aku da makan da....kali ni pula aku try makan Double GCB...sedapnyeee....tp mekdi time tuh kedek gile sbb bg mayonis sikit...mayb sbb nk cepat org laen nk berbuka jugak kot...xpelah..dimaafkan....Mmg menarik tertarik la Double GCB ni....Tp satu je aku anti ngn GCB ni...roti die suke sgt lekat celah2 gigi...maybe sbb roti die lembut sgt kot xmcm roti burger2 yang laen....

Pastu plak lepas aku balek bilik aku ternampak kwn ku reply status ku mengatakn McDonalds xhalal...aku mmg da dgr isu ni...tp aku wat dek je....tp lepas die reply status facebook ku maka aku nekad mencari2 sumber yg boleh dipercayai...sumber pertamaku semestinye Halal Malaysia la kn...Jadi sekarang sudah terbukti yg McDonalds ni HALAL....Ni latest update from Jakim la...23 August 2010... :)






Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan

Salam semua..malam ni malam ke-6 ramadhan bermaksud sudah lima hari kita berpuasa..Suasana berpuasa di UTP seperti biasa...tiap2 hari aku akan berbuka di masjid...macam dgn puasa kamu semua...sekarang ni cuaca xmenentu..diharap dpt menjage kesihatan...teringat tragedi puting beliung di Jasin..amat menakutkan...mungkin ade hikmah disebaliknya..

Bulan2 ramadhan ni seeloknya diperbanyakkan amalan...Terutama mengerjakan solat terawih..Amat rugi pada siapa2 yang meninggalkn solat terawih ni...pahala berganda2..kiranya Allah nk bg pahala free la ni...Buat masa ni aku da tertinggal 1 solat terawih sbb berbuka di luar...Amat merugikan...Tp lagi merugikan pada perempuan sbb tak dapat menyempurnakan solat terawih..Lelaki mmg sgt beruntung kn...Jelesnye....

Tau tak ape fadhilat2 solat terawih ni....Banyak fadhilatnye....Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan sebuah hadist Rasulullah saw sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1

Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sholat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan sholat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke-4

Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Malam ke-5

Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6

Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke-8

Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke-9

Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10

Allah SWT mengkaruniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke-11

Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam ke-13

Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14

Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersholat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15

Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.

Malam ke-16

Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17

Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18

Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah ridha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".

Malam ke-19

Allah akan meninggikan derajatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20

Allah SWT mengkaruniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang sholeh.

Malam ke-21

Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23

Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24

Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25

Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26

Allah akan mengkaruniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27

Allah akan mengkaruniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:

Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29

Allah akan mengkaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30

Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."

Jadi diharap semua dapat menyempurnakan solat terawih sebaik mungkin...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. :)



Wednesday, August 4, 2010

Dilema



Malam-malam begini fikiranku suka melayang tak tentu arah..kali ini pemikiranku memikirkan mengenai masa depanku...Apa yang perlu aku lakukan selepas aku graduate nanti..Insya-Allah aku akan siapkan kesemua projek ku hujung tahun ini..dan mungkin viva awal bulan 1 begitu..Jadi, selepas master ku berakhir, apa yang patut aku lakukan..???

Perkara pertama yang akan aku lakukan adalah meneruskan latihan khidmat negara yang lelah tertangguh selama 6 tahun..haha...lamanya kan....camne la aku nak join PLKN tu nanti dengan budak2 semuanya...malunyee aku....

Tadi seorang rakanku mengetagged aku di Facebook...mengajakku menyambung pelajaranku di peringkat PhD...memang aku berminat kerana menyambung di Jepun..Negara idamanku..Tarikh tutup nya 30 November 2010 bagi kemasukan October 2011...




Tapi, aku memikirkan bilakah aku akan menghabiskan pengajian kali ini pula??3 tahun lagi??Bila masanya aku ingin menempuh alam pekerjaan, membalas jasa kedua ibu bapa ku, mengumpul harta dsb..Sekarang umurku 24 tahun..Bagi kemasukan 2011 bermaksud umurku 25 tahun...3 tahun lg bermaksud umurku 28 tahun...haha~

Adakah aku confident untuk menyambung ke peringkat PhD???

Bila memikirkan pekerjaan pula..apa pula yang ingin aku kerja??Lecturer or Engineer???

Mungkin aku akan try apply PhD di Jepun ni...Kalau dah dapat baru aku fikirkan ape yang perlu aku lakukan...hehe~