Tuesday, May 15, 2012

Maafkan aku saudaraku

Bismillahhirahmanirahim......

Astaghfirullah~Ya Allah, Engkau ampunila aku kerana lalai dan x alert dgn kehidupan saudara2 ku...

Nakbah?
Ape itu nakbah?
Sungguh sebelum ini aku tidak pernah ambil peduli
Tarikh 15 Mei – peristiwa menyayat hati bagi Palestine
Dan sepatutnye tarikh menyayat hati juga bagi kita umat Islam
Seperti mana tarikh penting 13 Mei bagi rakyat Malaysia

Hari ini aku duduk berfikir
Ya Allah, jujur aku tidak pernah ambil peduli
Kisah kekejaman Israel selama 64 tahun
Sebelum aku dilahirkan lagi
Kota suci telah dicemari

Kini
Apa yang perlu aku lakukan
Berjihad menentang Israel di Palestine?
Itu tidak mampu ku lakukan
Hanya doa dan bantuan kewangan
Dapat ku lakukan

Biar sedikit
Aku takut ditanya Allah nanti
Apa yang telah ku lakukan utk membantu saudaraku
Spt seekor burung yang berulang-alik memadamkn api yang membakar Nabi Ibrahim menggunakan paruh kecilnya
Walaupn tidak membantu
Tetapi tanggungjawabnya telah selesai
Dan aku juga
Ingin jadi seperti burung kecil itu



No comments: